Tempatan

Infrastruktur asas akan terus dinaik taraf – Abang Jo 

LAWAS: Kerajaan Sarawak akan terus menaik taraf infrastruktur asas di negeri ini termasuk di utara Sarawak. 

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, ini akan memberi peluang kepada sektor swasta dan pelabur untuk menjalankan ekonomi setempat. 

Jelas beliau, agensi seperti Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) yang bwertanggungjawab di utara Sarawak menumpukan kepada pembangunan infrastruktur, jalan raya, bekalan air, elektrik dan perhubungan Internet di bahagian itu.

“Ini perkara penting kerana pelabur dan swasta tidak akan datang jika prasarana asas kita tidak ditingkatkan ke tahap standard.

“Aspek menaik taraf infrastruktur asas menjadi tanggungjawab kerajaan dan apabila sudah ada infrastruktur asas, barulah swasta berani melabur di Lawas,” katanya pada Upacara Pecah Tanah Pasar Raya Lepapa dan Hotel Roxy Lawas di sini pada Ahad. 

Projek pasar raya Lepapa mempunyai 26 unit dan tiga tingkat kedai komersil serta empat tingkat Hotel Roxy akan siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ujar Abang Zohari lagi, dengan adanya kemudahan-kemudahan ini akan membolehkan syarikat-syarikat swasta melabur di Lawas dan Limbang. 

“Saya percaya masa depan Limbang dan Lawas adalah cerah kerana adanya kemudahan asas dibangunkan kerajaan seperti elektrik termasuk kemudahan jalan pesisir.

“Orang akan datang ke Lawas, hotel dah ada, restoran ada, pelancongan semakin berkembang,” jelasnya.

Dalam pada itu, lapangan terbang baharu di Lawas yang akan dibina juga akan memacu perkembangan pembangunan di sini. 

 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *