Sukan

Isu tunggakan gaji: Siapa yang betul? Posa atau kerajaan Sarawak?

KUALA LUMPUR: Bekas pengendali Sarawak United (SUFC), B Satianathan menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri Sarawak mengenai dakwaan pemilik Sarawak United, Datuk Posa Majais yang mendakwa masih menanti dana untuk menyelesaikan tunggakan gaji pasukan itu.

Jelas Satianathan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu, ini kerana beliau perlu mengetahui situasi sebenar memandangkan pasukan itu berdepan banyak ‘hutang’ dengan pemain dan juga pegawai pasukan itu.

“Sebelum ini kerajaan negeri cakap yang mereka sudah salurkan bajet yang besar untuk pasukan Sarawak United.

“Tapi surat yang saya dapat berkenaan tunggakan gaji, mereka (Sarawak United) cakap masih menunggu duit daripada kerajaan negeri dan mereka minta saya sabar dan tunggu.

“Sekarang ini saya nak tanya, siapa yang cakap betul ini? Kerajaan negeri cakap dah bagi tetapi pemilik (Posa) kelab cakap tunggu daripada kerajaan negeri.

“Tunggakan ini sudah lama dari musim lepas, jadi siapa yang bohong ini? Saya harap ada pihak yang tampil berikan pengesahan kerana isu ini sudah lama dan saya mahu tunggakan gaji itu,” katanya.

Selain Satianathan, difahamkan pasukan itu turut gagal melunaskan tunggakan dua bekas jurulatihnya iaitu E Elavarasan dan S Balanchandran sehingga memaksa Balachandran meletakkan jawatan kerana tidak menerima lapan bulan gaji.

Dalam perkembangan sama, Satianathan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ; Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Selangor FC yang tampil membantunya.

“Datuk Posa sebagai pemilik kelab tidak pernah nak tanya mengenai kesihatan saya tetapi Presiden FAM, pegawai Selangor FC tanya keadaan saya.

“Paling ‘respect’ kepada Tunku Ismail yang bukan hanya tanya khabar tentang keadaan saya tetapi mahu bantu dari segi kesihatan saya. Inni menunjukkan betapa seorang pemimpin yang bertanggungjawab,” katanya.-BERITA HARIAN

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *