Tempatan

Kerana menegur, Timbalan Menteri Sarawak dikasari

KUCHING: Seorang Timbalan Menteri Sarawak telah dikasari sehingga menyebabkan kesan calar dan kesakitan pada bahagian belakang badan.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, kejadian itu berpunca daripada menegur empat individu yang dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan perumahan Tabuan Jaya di sini.

Jelas beliau lagi, keempat-empat suspek tersebut dipercayai warga tempatan dan kejadian berlaku pada 9.06 malam, 30 Mei.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat Timbalan Menteri berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

“Dalam aduan beliau mendakwa telah melihat empat suspek dipercayai warga tempatan dalam keadaan mencurigakan serta menegur mereka. 

“Salah seorang mereka tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan telah cuba menyerang dan mengasari beliau sehingga mengakibatkan kecederaan calar dan kesakitan pada bahagian belakang badan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis. 

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau dengan kedua-duanya dan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Polis masih menjejaki suspek dan beliau memohon agar orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes ASP Rathna Borhan di talian 019-8176267.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *