KUCHING: Kerajaan Sarawak telah berjaya menyukat 1,091,547 juta hektar atau 2,697,213 juta ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sehingga 30 April lepas.
Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah penyukatan ini di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu yang telah diperkenalkan sejak 2010.
Jelas beliau lagi, lebih kurang 842,465 hektar atau 2,081,731 daripadanya telahpun diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.
“Pewartaan bagi baki kawasan yang telah diukur secara perimeter akan dilaksanakan secara berterusan.
Selain itu, sejak tahun 2017, fokus pengukuran juga ditumpukan kepada pengukuran lot-lot individu,” katanya ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, pada Persidangan Hari Kelapan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, baru-baru ini.
Tambah Awang Tengah, sehingga tempoh masa itu juga sebanyak 68,723 lot individu telah berjaya diukur.
“Ia melibatkan kawasan seluas 84,288 hektar atau 208,275 ekar yang telah dan akan dikeluarkan surat hakmilik tanah di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak,” tambahnya.
Sehubungan itu, beliau turut menyeru setiap penuntut tanah hadir semasa pengukuran di lapangan serta menandakan sempadan tanah dengan jelas bagi mengelak pertikaian dalam membuat tuntutan agar pengukuran berjalan dengan lebih lancar.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news