Tempatan

Menteri Pengangkutan Sarawak terima kunjungan hormat CRRC Zhixing (Zhuzhou)

KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menerima kunjungan hormat daripada CRRC Zhixing (Zhuzhou) di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, Petrajaya pada Isnin.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengarah Urusan CRRC Zhixing Peng Zhonghong, Ketua Jurutera CRRC Zhixing Xiao Lei, dan Pengurus Besar Luar Negara CRRC MRT Zhao Junkui serta turut diiringi oleh wakil dari EPR Mobilus Global Rail JV Sdn Bhd.

Lee berkata, beliau percaya kunjungan pasukan CRRC itu akan menyumbang kepada pembangunan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Kuching serta sistem pengangkutan awam di Sarawak.

“Sebagai bandar pertama di luar China yang mengguna pakai sistem ART berkuasa hidrogen, kepakaran dan pengalaman mereka yang tidak ternilai akan membantu kita merevolusikan landskap pengangkutan Sarawak.

“Melalui bimbingan mereka, kita boleh mengoptimumkan sumber, meningkatkan kecekapan operasi, dan menyediakan pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai, hijau dan mesra alam untuk warga Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

CRRC Zhixing (Zhuzhou) ialah pengilang dan pembekal untuk ‘rolling stock’ kenderaan ART kepada Kontraktor Pakej Sistem 1, yang telah dianugerahkan kepada EPR Mobilus Global Rail JV Sdn Bhd.

Lawatan delegasi itu ke Kuching bertujuan untuk melawat jajaran laluan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) untuk ART dan bagi memantau persiapan kilang pemasangan ART bagi ketibaan Prototaip ART yang dijadualkan pada Julai tahun ini.

Semasa lawatan Dato Sri Lee dan serta rombongan ke China pada Mac 2023 untuk ART proof-of-concept (POC), pasukan CRRC telah membuat persiapan dan usaha yang hebat untuk menerima delegasi dari Sarawak yang diketuai oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak.-SN

 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

#sarawaknews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *