Tempatan

MUT wujud empat kumpulan Whatapps tangani pelbagai isu kementerian

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak telah mewujudkan empat kumpulan Whatsapp sebagai inisiatif dalam menangani isu secara terus dan mengemaskini perkembangan agensi di bawahnya.

Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, kumpulan terbabit dibahagikan kepada empat sektor bekalan berbeza meliputi bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan gas.

Ujarnya, kumpulan Whatapps itu dijangka mampu mempercepatkan penyampaian laporan, maklumat dan menjawab persoalan yang dikemukan oleh mereka yang berada di dalam kumpulan berkenaan.

“Kecuali Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semua Menteri Sarawak, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) berada di dalam empat kumpulan whatsapp tersebut termasuk Setiausaha Sulit Kanan Premier Sarawak Dato Khir Busrah.

“Saya menerima respond baik dari Ahli Yang Berhormat dengan kewujudan kumpulan whatsapp ini kerana pelbagai perkara mendapat pencerahan dan respon segera dari wakil kita didalam kumpulan whatsapp,” katanya pada Majlis Malam Penghargaan dan Sambutan Pra-Gawai Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak baru-baru ini. 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *