Tempatan

Pameran Digital Sarawak Merdeka 60 tahun diadakan di pelbagai lokasi seluruh Sarawak

KUCHING: Pameran Digital bersempena sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka akan diadakan di pelbagai lokasi seluruh Sarawak.

Menurut satu kenyataan pada Khamis, pameran berkenaan akan membuka tirainya di Taman Awam Lawas pada 26 Mei hingga 28 Mei ini dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang untuk meraikan warisan dan inovasi negeri ini dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan Sarawak yang ke-60.

“Ia juga akan diadakan pada 9 hingga 11 Jun 2023 di Stadium Tertutup Miri bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang dan Bintulu Paragon Street Mall bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam.

“Manakala pada 16 hingga 18 Jun 2023 , pameran digital akan diadakan di Stadium Tertutup Sibu dan Dewan Mesra Mukah bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

“Sementara pada 23 hingga 25 Jun 2023, Kapit Town Square dan Dewan Suarah Sarikei menjadi lokasi seterusnya yang akan menemui pengunjung bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang

“Di Betong pula akan diadakan di Dewan Panglima Rentap pada 30 Jun hingga 2 Julai 2023 bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang dan di Sri Aman akan diadakan di Dewan Suarah Sri Aman pada 7 hingga 9 Julai 2023 bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

“Pada 14 hingga 16 Julai, pameran digital akan diadakan di Serian iaitu di Pusat Konferen pada 14 hingga 16 Julai 2023 dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang dan di Samarahan akan diadakan di Summer Mall dari jam 10 pagi hingga jam 9 malam.

“Pameran digital itu akan berada di lokasi terakhir iaitu di Kuching yang akan diadakan di Plaza Merdeka dari 21 hingga 23 Julai 2023 bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam,” katanya.

Jelas kenyataan itu, Pameran Digital Sarawak Merdeka 60 Tahun berkenaan akan menjadi platform yang menarik untuk memperkenal dan mempromosikan kepelbagaian industri, seni, kreativiti, serta sektor ekonomi utama yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Sarawak.

Tambah kenyataan sama, ia akan membentangkan dua kluster utama iaitu Sarawak Digital Pavilion dan PCDS 2030: Key Economic Sector dan Enablers di mana pengunjung akan dapat meneroka dan memahami pelbagai sektor ekonomi utama dan enabler yang akan membentuk masa depan Sarawak.-SN

 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *