Politik

Pemuda GPS selar tindakan Parti MUDA Sarawak guna Bilik Media DUN perkenalkan parti

KUCHING: Tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Sarawak kerana menggunakan Bilik Media Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai platform untuk mempromosikan parti mereka mendapat kecaman daripada Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketuanya, Miro Simuh berkata Pemuda GPS menyifatkan tindakan Parti MUDA Sarawak sebagai datang tanpa diundang (gate crashing). 

“Mereka tidak sepatutnya menggunakan bangunan DUN atau Bilik Media sebagai platform untuk mempromosikan parti politik mereka.

“Tempat ini adalah platform untuk mempromosikan apa yang berlaku dalam sidang DUN,” katanya pada sidang media di bilik media DUN pada Khamis.

Miro menambah, sebelum ini tiada parti politik lain pernah menggunakan bangunan DUN atau Bilik Media sebagai platform untuk memperkenal dan mempromosikan parti mereka.

“Bagi kami, apa yang dilakukan oleh parti MUDA semalam (Rabu) adalah tidak sihat, menggunakan Bilik Media DUN untuk mempromosikan diri mereka.

“Mereka boleh melakukan apa sahaja untuk mempromosikan parti mereka di luar, tetapi mereka tidak sepatutnya menggunakan Bilik Media DUN untuk memperkenalkan dan mempromosikan parti mereka.

“Biarlah ia menjadi peringatan kepada mana-mana parti politik lain. Buat sidang media di luar, bukan di Bilik Media DUN,” tambahnya.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *