KUCHING: Kejayaan pengurusan kewangan terbaik dan ekonominya kukuh yang ditunjukan kerajaan Sarawak telah berjaya membuka mata sektor korporat tempatan terutamanya perbankan.
Ujar Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, ini terbukti selepas beliau menerima jemputan bagi berkongsi tadbir urus Sarawak pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia Kelima 2023 di Kuala Lumpur pada Selasa.
“Dalam seminar berkenaan, mereka (peserta) bertanya kepada saya bagaimana Sarawak boleh menjana hasil pendapatan (yang tinggi) malah mereka tidak meragui keupayaan kita untuk muncul sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Backbenchers GPS di sini pada Rabu.
Tambah Abang Zohari lagi, ketika ini banyak bank tempatan juga ‘mendekati’ Kerajaan Sarawak kebelakangan ini untuk bekerjasama dalam perdagangan.
Kehadiran mereka ini memberi petanda bahawa ekonomi Sarawak baik dan mampan.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news