Nasional

Persidangan DUN Sarawak Ke-19, pembangkang tiada banyak bunyi – Abang Zohari 

KUCHING: “Tiada banyak bunyi,” kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ketika berucap pada Majlis Makan Malam Backbenchers GPS di sini pada Rabu. 

Ini merujuk kepada sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 yang berlangsung selama lapan hari bermula 15 hingga 24 Mei lepas. 

Lebih menarik lagi, ketua pembangkang Dato Sri Wong Soon Koh turut memberi pujian kepada kepimpinan Sarawak yang berjaya menjalankan tugas Pentadbiran yang berkualiti. 

“Saya nampak bahawa (Sidang DUN) kali ini, pihak pembangkang tidak bising dan Ketua Pembangkang memuji ekonomi kita.

“Tidak macam di Parlimen, hari pertama sahaja sudah bergaduh. Kita steady,” katanya.

Ujar Abang Zohari lagi, beliau menzahirkan kegembiraan kerana secara keseluruhan persidangan DUN Sarawak Ke-19 kali ini berjalan lancar. 

Malah, beliau juga berharap agar perpaduan di kalangan pemimpin dan rakyat yang ditunjukkan hari ini dapat dikekalkan. 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *