Tempatan

Pertahankan adat resam dan budaya Gawai Dayak:Tun Taib

KUCHING: Semua rakyat Sarawak lebih-lebih lagi kaum Dayak khususnya suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu perlu terus berpegang teguh kepada adat resam dan budaya masing-masing agar identiti pelbagai kaum terus kekal menjadi warisan tidak ternilai di Sarawak.

Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, berharap agar adat resam dan budaya kaum Dayak tetap terpelihara dan berkembang di kalangan suku kaum masing-masing dengan menyambut peayaan Gawai Dayak ini.

“Kita di Sarawak harus berasa bangga dengan keunikan  adat resam dan kepelbagaian kepercayaan diantara kaum di Sarawak yang tercinta ini,”katanya dalam ucapan perutusan sempena Gawai Dayak tahun ini pada Rabu.

Tun Taib juga turut menyeru rakyat Sarawak untuk terus mengamalkan budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan ini agar keharmonian kaum di Sarawak akan terus terpelihara.

“Bersama-samalah kita untuk tidak melepaskan peluang ini untuk menziarahi ahli keluarga,sahabat handai, sanak saudara dan rakan taulan di musim perayaan ini.

“Budaya ziarah-menziarahi ini sudah sebati dalam masyarakat kita dimana kaum-kaum lain seperti kaum Cina dan kaum Melayu akan mengunjungi kawan-kawan mereka yang menyambut perayaan Gawai Dayak.

“Oleh itu,marilah kita semua terus mengamalkan tradisi ini agar keharmonian kaum di Sarawak akan terus terpelihara,” ujarnya lagi.

Tun Taib juga menambah, perayaan Gawai Dayak ini juga pastinya akan mengukuhkan ikatan kekeluargaan selain menzahirkan rasa syukur terhadap kejayaan yang telah ditempa pada tahun sebelumnya serta harapan untuk tahun baharu yang lebih baik.-SN

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *