KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM876.3 juta di bawah inisiatif Projek Rakyat bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan pedalaman.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan tersebut komitmen kerajaan Sarawak dalam menyediakan keperluan infrastrukur yang mendesak di kawasan tersebut.
Ujarnya laghi, projek pembangunan tersebut akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di negeri ini.
“Peruntukan disediakan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek yang sedang dijalankan pada tahun ini.
“Ia melibatkan sebanyak 5,255 projek transformasi luar bandar yang telah diluluskan untuk merangsang pertumbuhan dan kualiti hidup dalam kalangan penduduk luar bandar di Sarawak,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Rabu.
Sehingga kini, setakat 31 Mac 2023, sebanyak 55.9 peratus telah siap manakala baki 2,319 projek atau 44 peratus masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Kerajaan Sarawak berusaha untuk memastikan pembangunan infrastruktur khususnya pembinaan jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik, kemudahan pertanian serta projek sosio-ekonomi lain akan dapat disiapkan secepat mungkin untuk keperluan rakyat.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news