Dunia Sarawak bersedia terokai tenaga berasaskan angin

Sarawak bersedia terokai tenaga berasaskan angin

22

KUCHING: Sarawak telah bersedia meneroka tenaga berasaskan angin.

Perkara ini dimaklumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ketika berucap pada Sidang Kemuncak Tenaga Singapura sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura di Marina Bay, Singapura pada Selasa.

Katanya, ini sejajar dengan matlamat memperkasa Agenda Tenaga Hijau Sarawak.

“Kita menyaksikan pertumbuhan progresif dalam industri tenaga berasaskan angin bermula dengan inovasi teknikal yang merangkumi kemajuan dan kecanggihan instrumen dan bahan untuk mengubah angin kepada elektrik,” katanya.

Jelas beliau lagi, bagi mencapai matlamat agenda tenaga hijau tersebut, Kerajaan Sarawak kini sedang membangunkan Rangka Tindakan Sarawak Lestari bagi menangani kebimbangan berkaitan pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sumber asli, mitigasi perubahan iklim dan penciptaan persekitaran seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia.

“Kami telah membangunkan Pelan Induk Bandar Pintar Kuching yang mempertimbangkan mobiliti rendah karbon dan infrastruktur bandar pintar di ibu negeri Sarawak,” katanya.

Jelas Abang Zohari lagi, Kerajaan Sarawak turut mempunyai rancangan untuk membangunkan pelan induk bandar pintar yang serupa di kawasan bandar di Sarawak bagi mengimbangi kelestarian alam sekitar dan pembandaran.

Menjelang 2030, Sarawak merancang untuk mencapai tiga sasaran iaitu mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus campuran kapasiti tenaga boleh diperbaharui, mengurangkan pelepasan karbon dioksida 600,000 tan setahun serta mencapai lebih daripada 15 peratus pendapatan daripada pasaran asing, termasuk meneroka peluang eksport tenaga.

Previous articlePertimbang kurangkan tambang pengangkutan untuk balik mengundi
Next articleSarawak, Kazakhstan teroka peluang perniagaan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here