Tempatan

Sarawak sedia jadi tuan rumah HAWANA tahun depan

KUCHING: Sarawak bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada tahun hadapan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak akan membantu menjayakan progam peringkat nasional tersebut termasuk menyalurkan peruntukan yang berkaitan.

“Sekiranya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Mohamed Fadzil bersetuju, kita boleh menganjurkan HAWANA di sini tahun depan, dari segi kewangan, kita akan uruskan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Jamuan Teh sempena HAWANA 2023 Sarawak di sini pada Isnin.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital semasa melawat pameran Media Sarawak pada Mini Karnival sempena Hawana 2023 di Ipoh, Perak pada Ahad memberitahu, perkara itu akan dibincangkan kepada jawatankuasa penganjur terlebih dahulu sebelum mengadakan perbincangan kepada pihak Kerajaan Sarawak khasnya.

“Kita tahu mengenai minat Sarawak mahu menjadi tuan rumah HAWANA tahun depan.

“Biar kita bawa perbincangan kepada jawatankuasa penganjur dahulu dan jika semuanya berjalan lancar, minta Sarawak membidanya (menganjurkan HAWANA),” katanya.-SN

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *