Tempatan

Seorang saspek ditahan, rampas 4 unit bateri kenderaan dan didapati positif dadah

KOTA SAMARAHAN: Seorang saspek telah ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) dan merampas empat unit bateri kenderaan pelbagai jenama.

Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) yang diketuai KPL Francis bersama KPL/S Ismawi telah melihat sebuah kenderaan jenis Perodua Alza warna putih parking dikawasan premis perniagaan Taman Tiya Vista dalam keadaan mencurigakan pada jam 1:05 pagi Khamis.

“Ketika polis menjalankan pemeriksaan dan dengan tiba-tiba kenderaan tersebut memecut lari ke jalan Kota Samarahan Expressway secara melawan arus.

“Pihak polis mengejar kenderaan Perodua tersebut sehingga ke Bulatan Samajaya sebelum kenderaan tersebut terbabas ke dalam parit. Salah seorang saspek (pemandu kenderaan) telah berjaya melarikan diri ke kawasan kedai berhampiran manakala seorang lagi saspek berjaya ditangkap,” katanya.

Saspek yang berjaya ditangkap berumur 27 tahun dan berasal dari Kampung Tabuan Hilir, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil pemeriksaan ke atas Perodua Alza berwarna putih juga didapati bukan kenderaan curi dan juga menjumpai empat biji bateri kenderaan pelbagai jenama, satu unit spanar boleh laras dan satu unit pemotong wayar.

“Kesemua barang yang dijumpai itu dirampas sebagai barang kes.

“Kes akan disiasat di bawah Sek. 379 Kanun Keseksaan dan saspek akan direman untuk siasatan lanjut dijalankan,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, hasil pemeriksaan air kencing saspek juga didapati positif Methamphetamine dan mempunyai rekod lampau tangkapan di bawah Sek. 379 Kanun Keseksaan, Sek. 324 Kanun Keseksaan, Sek. 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek. 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *