Tempatan

Terima kasih Kerajaan Sarawak iktiraf kaum Vaie di Sarawak

BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu (2010) mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di atas kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran (Pindaan) 2022 selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan pindaan RUU 2022 itu pada Selasa. 

Menerusi kenyataan media pada Khamis, Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Persatuan Anaq Vaie Bintulu (2020) berkata, pengiktirafan ini membolehkan kaum Vaie sama taraf dengan Bumiputera yang lain di Sarawak.

“Selepas ini tidak perlu lagi mengisi petak ‘Lain-Lain’ seperti amalan sebelum ini dan memudahkan bentuk urusan rasmi yang berkaitan.

“Ini juga bertepatan dengan ucapan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semasa ucapan bahas RMK-12 (2021-2025) Keluarga Malaysia merangkumi Bumiputera Wilayah Sabah dan Sarawak yang mempunyi pelbagai etnik,” “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” memberi roh dan semangat untuk terus memperkasa jati diri, adat dan budaya sebagai salah satu kaum di Sarawak,” kata kenyataan itu. 

Persatuan Anaq Vaie Bintulu (2010) turut mengucapkan terima kasih Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen) Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan semua pihak yang bersungguh-sungguh secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan kelulusan RUU Tafsiran (Pindaan) 2022 ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, pengiktiran terhadap kaum Vaie begitu penting dalam usaha untuk memartabatkan, bahasa, adat dan budaya serta hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan sebagai penduduk pribumi di Sarawak termasuk Hak Adat dan Tanah. 

Pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19 yang berlangsung pada 14 hingga 16 Februari 2022, ahli-ahli DUN Sarawak sebulat suara meluluskan RUU Tafsiran (Pindaan) 2022 selepas bacaan kali ketiga di DUN Sarawak yang memasukan 12 kaum dalam cadangan pindaan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *